Kehilangan merupakan sebuah cabaran yang sungguh besar.
Mungkin bukan bagi mereka tapi bagi diriku.
Aku benci setiap kali aku kehilangan sesuatu. Ia sungguh
menyakitkan walau aku tahu bahawa semua perkara adalah pinjaman daripada Tuhan
yang Maha Esa.
Ohh tuhan, ketahui diriku sungguh terseksa. Haruskah aku
tabah? Apakah yang harus aku lakukan?
Setiap saat aku kehilangan, ketika itulah aku mengetahui
siapa sebenarnya yang mengambil berat tentang diri ini. Ya Allah, ampunilah
diriku ini. Sesungguhnya diriku ini hambaMu yang tidak tahu bersyukur.
Meskipun aku kehilangan, aku masih ada Allah untuk aku
mengadu, aku masih ada ibubapa yang sentiasa menyayangi dan menyokong diriku,
aku masih ada adik-beradik yang tak jemu mendengar rintihan dan keluh-kesahku,
aku masih ada sahabat-sahabat yang sedia membantu…
Masihkan perlu aku menangisi kehilanganku?
Kehilangan, ketahuilah bahawa meskipun kau menyakitkan,
namun kau memberi sesuatu padaku. Sesuatu yang cukup bererti untuk aku tetap
gagah berdiri…
Terima kasih kehilangan kerana mengenalkanku dengan cinta
yang tulus suci.
sumber image : internet |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan