sumber: google |
kenali diri? sebenarnya saya tak
pernah mengerti tentang diri sendiri. mungkin sebab itulah mengapa saya tidak
pernah berjaya sampai saat ini. siapa saya? apa tujuan saya? apa matlamat saya
dalam hidup? mana sasaran yang ingin saya gapai? sejujurnya saya tak mengerti
semua perkara tersebut. pada siapa harus saya meluahkan kekeliruan yang kian
mencengkam ini. saya tidak mengenali diri sendiri. parah! ya, penyakit saya ini
semakin parah dan keparahan itu semakin hari semakin menyesakkan jiwa dan hati.
bila saya bertanyakan keluarga,
sahabat handai dan sesiapa sahaja yang saya kenali dan jumpa, mereka tidak
pernah mahu menerangkan siapa saya pada pengamatan mereka. mungkin mereka
bimbang saya marah. entah sampai saat ini saya tidak tahu apa-apa apatah lagi mengenali
diri sendiri.
kadangkala saya rasa saya gila. ada
juga masa, saya rasakan hidup saya punya ruang yang lompong. kekosongan itu
saya cuba isi. walaupun saya menghabiskan seluruh tenaga dan masa untuk
menyibukkan diri supaya fikiran saya tidak berkecamuk, namun kekosongan itu
tetap wujud. kemas dan kukuh di sudut sanubari.
pernah ada seorang guru semasa saya
di tingkatan 5 menyatakan saya manusia agresif. betulkah kata-katanya itu?
sebenarnya saya tidak mengerti apa itu agresif. bila saya bertanyakan sahabat
di sebelah, dia mengatakan agresif itu seperti harimau. hati saya tambah
keliru. kenapa guru tersebut menyamakan saya dengan harimau?
hari makin lama makin berginjak.
masa pula tidak pernah mahu menunggu saya. saya nak mengenali diri saya sendiri.
masalah terbesar saya ialah tidak mengetahui siapa saya. saya bukan lagi remaja
yang mencari-cari identiti diri. saya sepatutnya sudah memiliki identiti diri
sendiri. saya tahu Allah menciptakan manusia berbeza. setiap insan memiliki
kelemahan dan kekuatan masing-masing. analoginya seperti jari. meskipun berada
di tangan yang sama tetapi memiliki saiz dan bentuk yang berbeza.
saya berharap suatu saat nanti saya
akan menemui pencarian saya ini. mengenali diri sendiri. tanpa mengenali diri
sendiri saya takkan mampu berdiri. saya berharap ada insan yang mengerti akan
meluahkan pendapat mereka. ya, tanpa berselindung lagi. saya akan berusaha
menahan amarah untuk mengetahui kebenaran. saya ingin berubah menjadi lebih
baik lagi setiap hari. saya akan berusaha untuk mengerti khilaf diri. saya
ingin mendamaikan hati. menerima segala sudut pandangan yang diberi. bukan
menutup telinga merasa diri hebat sendiri.
bantulah
saya ini J.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan