aku
berasal dari negeri cik siti wan kembang. aku dilahirkan di negeri yang cukup
sederhana cara hidupnya. aku gembira dan bersyukur aku dilahirkan di negeri ini
meskipun ramai yang beranggapan tidak elok tentang negeri kelahiranku.
tentang
peratusan pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading, rata-rata
universiti tempatan didominasikan oleh mahasiswa/i kelantan. betapa hebatnya
orang kelantan yang selalu dipandang enteng oleh negeri-negeri lain. tanyalah
tentang soalan peperiksaan, pasti mereka akan berkata soalan dari kelantan
merupakan soalan yang sukar. kami terdidik dengan soalan yang susah seawal
daripada sekolah rendah. itulah sistem yang menghebatkan kelantan.
namun
itu cerita awal semata. mukadimah sebuah cinta. apabila berginjak ke alam
universiti lain pula ceritanya. sesungguhnya aku kecewa dengan sikap
mahasiswa/i kelahiran kelantan. sedarlah, apa guna ramai kalau kualitinya tidak
terjaya. dulu, aku marah. aku mengatakan bahawa mahasiswa/i kelantan cuba
diburukkan oleh mahasiswa lain tapi pengakhir cerita, aku harus akui bahawa
bicara mereka berasas. segalanya benar belaka. aku jadi lelah dan lemah.
tolonglah
pandang wajah ayah, ibu dan keluarga di kampung. betapa besarnya harapan mereka
ingin melihat kejayaan kita. sanggup berkerja habis-habisan semata-mata ingin
melunaskan keinginan kita agar kita senang menelaah dan membaca. tapi apa
balasan kita?
ahhh…jangan
cuba membohongi fakta.membuat kerja bagai melepaskan batuk di tangga. sibuk
berseronok ke sana ke mari. sedangkan kawan sekumpulan berhempas pulas bagai
nak mati. sewenang-wenang kita goyang kaki.
itulah
mentaliti mahasiswa/i kelantan di ipt. aku cukup terkesan. kadangkala hati
turut tertanya-tanya, bagaimana perasaan mereka?aku yang memandang dari
kejauhan cukup sengsara. tidakkah mereka cuba duduk sejenak mahu memikirkan
nasib keluarga. kayakah kita? apa janji kita terhadap keluarga, sebelum
melangkah ke menara gading?
aku
bukanlah insan sempurna. adakala kemalasan turut melanda. namun, melupakan
tanggungjawab sebagai pelajar bukan caraku. aku sentiasa mengingati janjiku
terhadap keluarga. aku takut ibubapa dan keluargaku kecewa.
ini
bukan masalah gagal. ini masalah mencuba. sekiranya gagal sesudah mencuba tiada
masalahnya.yang menjadi pokok persoalannya, mahasiswa/i kelantan melupakan
tugas hakiki bergelar pelajar.
aku
berasa menjadi tanggungjawabku. menyeru semua yang ada. bangkitlah. cubalah
melangkah. masih belum terlambat untuk kita. mohonlah maaf pada Pencipta,
keluarga, pensyarah dan kawan sekaliannya kerana kekhilafan kita menyakitkan
mereka.
harapanku,
semoga pintu kesedaran segera terbuka supaya mahasiswa/i kelantan terus
berjuang dan berusaha menempatkan agenda negeri ke mercu perdana.