Khamis, 22 Ogos 2013

Keris lambang kedaulatan Melayu

KERIS
  • senjata pendek yang digunakan melebihi 600 tahun dulu.
  • sememangnya unik di dunia melayu dan boleh didapati di kawasan didiami orang melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, selatan Thailand, selatan Filipina (Mindanao) dan Brunei.
  • keris digunakan untuk mempertahankan diri (bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja
  • juga mewakili lambang kedaulatan orang melayu.
  • keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari iaitu senjata Hang Tuah, pahlawan melayu dari negeri Melaka yang terkenal.

BAHAGIAN KERIS
  •   aring - kerawang di pangkal mata keris
  •  balang – bahagian sarung keris yang lurus
  • batir-batir – perhiasan pada tuli-tuli yang diperbuat daripada emas
  • biji timun – sejenis ukiran iaitu sejenis garis-garis pada mata pisau (keris)
  • bunga pamor – lukisan pada keris kerana waja putih yang ditempa pada bilah keris
  •  cincin pacat kenyang – cincin yang besar dan tebal pada satu bahagian (dipakai untuk melindungi jari sewaktu memegang keris)
  •    dagu keris – hujung ganja keris
  •    gandik – perhiasan pada hulu keris
  • ganja – bahagian keris di antara mata dan hulunya
  •  ganja datang : ganja rawan – ganja yang dilekatkan pada bilahnya
  • ganja iras: ganja menumpu – ganja yang bersambung dengan bilahnya
  •  kurai – corak (barik-barik) pada bilah keris dan lain-lain yang berpamor
  • lambai gajah – bahagian mata keris (yang terletak di bawah dagu keris)
  •  Landing – Hulu Keris
  •  lok – kelok atau liku pada mata keris
  •       merubibentuk Hulu Keris yang seperti ubi
  •    paksi – puting (bahagian keris dan lain-lain) yang masuk ke dalam hulunya
  •    panjut – warna putih pada hujung mata keris
  •     pendongkok/dongkok keris – gelang-gelang antara hulu dan bilah keris,pemendak (dulang-dulang) keris
  •         penduk – penyalut pada sarung keris daripada emas (perak dan lain-lain)
  •      penongkokemas dan lain-lain yang disalut pada hulu keris
  •  pestaka – kuasa buruk atau baik yang ada pada keris (lembing dan lain-lain)
  •    Sampir – bahagian sarung keris yang ada di atas sekali.warangka (jawa)
  •    Sigi – gelang-gelang daripada besi  dan lain-lain (untuk menguatkan pegangan hulu pada puting keris dan lain-lain),temin
  •   Tapih – salut pada sarung keris jawa
  •          Tebu-tebu – gelang-gelang (pada batang tombak, hulu keris dan lain-lain)
  • Tuli-tuli – sejenis tali (daripada benang sutera,emas, perak, rotan dan lain-lain) untuk melekatkan sarung keris pada tali pinggang

BAHAN KERIS
  • Besi pamor – sejenis baja putih yang ditempa pada keris dan lain-lain (yang menimbulkan kurai
  •       Ekor buaya – sejenis alat yang digunakan untuk membuat keris
  •   Jabungsejenis perekat yang diperbuat daripada gambir dan dammar (digunakan untuk melekatkan keris pada hulunya)gala-gala,pakal
  •   Katimaha – sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya digunakan untuk membuat hulu dan sarung keris dan lain-lain)
  •      Kayu peletkayu yang berbelang-belang.
  • Kupu-kupu – sejenis tumbuhan (pokok renek yang kayunya keras dibuat hulu keris dan lain-lain)
  •   Malau – sejenis damar atau pelekat yang digunakan untuk mengetatkan keris, parang, dan lain-lain pada hulunya.

JENIS KERIS (TERNAMA)
  •     Keris Semenanjung
  •   Keris Bugis
  •  Keris Jawa
  •  Keris Sumatera
  •  Keris Madura
  • Keris Patani 
  • Keris Bali
  •  Keris Sajen
  • Keris Picit

JENIS KERIS (UMUM)
·         Keris (anak) alangkeris yang sederhana panjang bilahnya.
·         Keris (hulu) pekaka – sejenis keris dari Patani (hulunya berbentuk kepala burung pekaka).
·         Keris alangkeris yang sedang atau sederhana panjang.
·         Keris berapitkeris yang pada sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak.
·         Keris berlok (berkeluk) – keris yang berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya
·         Keris ceritakeris yang bilahnya berkeluk Sembilan atau lebih.
·         Keris ganja seiras – keris sepukal (keris yang hulu dan matanya dibuat daripada besi yang satu).
·         Keris harubi/keris merubi/keris bawang sebongkol – sejenis keris yang berhulukan emas (khas untuk raja-raja).
·         Keris kalamisanisejenis keris jawa (yang lebar, lurus dan berkeluk-keluk di pangkalnya).
·         Keris melelakeris yang tidak berpamor.
·         Keris pandak (pendek) – keris yang pendek bilahnya.
·         Keris panjangkeris yang panjang bilahnya.
·         Keris parung – sari keris yang berlok dan berbentuk ular.
·         Keris parung sari – keris yang bilahnya berkeluk tujuh atau kurang.
·         Keris pasupati – sejenis keris.
·         Keris pendawa – sejenis keris.
·         Keris penduakeris yang digunakan sebagai keris cadangan (bukan keris utama).
·         Keris penyalang/keris salang – keris yang digunakan untuk menyalang (sebagai menjalankan hukuman bunuh).
·         Keris sempanakeris yang bilahnya berkeluk tujuh atau kurang.
·         Keris sempenakeris yang berlok tiga/lima/tujuh.
·         Keris sepukalkeris yang lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yang berlok).
·         Keris sundang – sejenis keris yang lebar bilahnya seperti bilah pedang.
·         Keris tempa Melaka – keris buatan Melaka
·         Keris teterapankeris yang beralur panjang di tengah-tengah bilahnya.
·         Keris wasiat – keris pusaka.
·         Petaramsejenis keris yang dipakai oleh perempuan.Senderik – sejenis keris pendek.


Sumber : nuansa jumaat 10/5/13



1 ulasan: