KERIS
- senjata pendek yang digunakan melebihi 600 tahun dulu.
- sememangnya unik di dunia melayu dan boleh didapati di kawasan didiami orang melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, selatan Thailand, selatan Filipina (Mindanao) dan Brunei.
- keris digunakan untuk mempertahankan diri (bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja
- juga mewakili lambang kedaulatan orang melayu.
- keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari iaitu senjata Hang Tuah, pahlawan melayu dari negeri Melaka yang terkenal.
BAHAGIAN KERIS
- aring - kerawang di pangkal mata keris
- balang – bahagian sarung keris yang lurus
- batir-batir – perhiasan pada tuli-tuli yang diperbuat daripada emas
- biji timun – sejenis ukiran iaitu sejenis garis-garis pada mata pisau (keris)
- bunga pamor – lukisan pada keris kerana waja putih yang ditempa pada bilah keris
- cincin pacat kenyang – cincin yang besar dan tebal pada satu bahagian (dipakai untuk melindungi jari sewaktu memegang keris)
- dagu keris – hujung ganja keris
- gandik – perhiasan pada hulu keris
- ganja – bahagian keris di antara mata dan hulunya
- ganja datang : ganja rawan – ganja yang dilekatkan pada bilahnya
- ganja iras: ganja menumpu – ganja yang bersambung dengan bilahnya
- kurai – corak (barik-barik) pada bilah keris dan lain-lain yang berpamor
- lambai gajah – bahagian mata keris (yang terletak di bawah dagu keris)
- Landing – Hulu Keris
- lok – kelok atau liku pada mata keris
- merubi – bentuk Hulu Keris yang seperti ubi
- paksi – puting (bahagian keris dan lain-lain) yang masuk ke dalam hulunya
- panjut – warna putih pada hujung mata keris
- pendongkok/dongkok keris – gelang-gelang antara hulu dan bilah keris,pemendak (dulang-dulang) keris
- penduk – penyalut pada sarung keris daripada emas (perak dan lain-lain)
- penongkok – emas dan lain-lain yang disalut pada hulu keris
- pestaka – kuasa buruk atau baik yang ada pada keris (lembing dan lain-lain)
- Sampir – bahagian sarung keris yang ada di atas sekali.warangka (jawa)
- Sigi – gelang-gelang daripada besi dan lain-lain (untuk menguatkan pegangan hulu pada puting keris dan lain-lain),temin
- Tapih – salut pada sarung keris jawa
- Tebu-tebu – gelang-gelang (pada batang tombak, hulu keris dan lain-lain)
- Tuli-tuli – sejenis tali (daripada benang sutera,emas, perak, rotan dan lain-lain) untuk melekatkan sarung keris pada tali pinggang
BAHAN KERIS
- Besi pamor – sejenis baja putih yang ditempa pada keris dan lain-lain (yang menimbulkan kurai
- Ekor buaya – sejenis alat yang digunakan untuk membuat keris
- Jabung – sejenis perekat yang diperbuat daripada gambir dan dammar (digunakan untuk melekatkan keris pada hulunya)gala-gala,pakal
- Katimaha – sejenis tumbuhan (pokok yang kayunya digunakan untuk membuat hulu dan sarung keris dan lain-lain)
- Kayu pelet – kayu yang berbelang-belang.
- Kupu-kupu – sejenis tumbuhan (pokok renek yang kayunya keras dibuat hulu keris dan lain-lain)
- Malau – sejenis damar atau pelekat yang digunakan untuk mengetatkan keris, parang, dan lain-lain pada hulunya.
JENIS KERIS (TERNAMA)
- Keris Semenanjung
- Keris Bugis
- Keris Jawa
- Keris Sumatera
- Keris Madura
- Keris Patani
- Keris Bali
- Keris Sajen
- Keris Picit
JENIS KERIS (UMUM)
· Keris (anak) alang – keris yang sederhana panjang bilahnya.
· Keris (hulu) pekaka – sejenis keris dari Patani (hulunya berbentuk kepala burung pekaka).
· Keris alang – keris yang sedang atau sederhana panjang.
· Keris berapit – keris yang pada sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak.
· Keris berlok (berkeluk) – keris yang berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya
· Keris cerita – keris yang bilahnya berkeluk Sembilan atau lebih.
· Keris ganja seiras – keris sepukal (keris yang hulu dan matanya dibuat daripada besi yang satu).
· Keris harubi/keris merubi/keris bawang sebongkol – sejenis keris yang berhulukan emas (khas untuk raja-raja).
· Keris kalamisani – sejenis keris jawa (yang lebar, lurus dan berkeluk-keluk di pangkalnya).
· Keris melela – keris yang tidak berpamor.
· Keris pandak (pendek) – keris yang pendek bilahnya.
· Keris panjang – keris yang panjang bilahnya.
· Keris parung – sari keris yang berlok dan berbentuk ular.
· Keris parung sari – keris yang bilahnya berkeluk tujuh atau kurang.
· Keris pasupati – sejenis keris.
· Keris pendawa – sejenis keris.
· Keris pendua – keris yang digunakan sebagai keris cadangan (bukan keris utama).
· Keris penyalang/keris salang – keris yang digunakan untuk menyalang (sebagai menjalankan hukuman bunuh).
· Keris sempana – keris yang bilahnya berkeluk tujuh atau kurang.
· Keris sempena – keris yang berlok tiga/lima/tujuh.
· Keris sepukal – keris yang lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yang berlok).
· Keris sundang – sejenis keris yang lebar bilahnya seperti bilah pedang.
· Keris tempa Melaka – keris buatan Melaka
· Keris teterapan – keris yang beralur panjang di tengah-tengah bilahnya.
· Keris wasiat – keris pusaka.
· Petaram – sejenis keris yang dipakai oleh perempuan.Senderik – sejenis keris pendek.

Sumber : nuansa jumaat 10/5/13
hi! :) blogwalking here ;)
BalasPadam