Mimpi ada ketikanya menjadi petanda ataupun
mainan tidur semata-mata. Sebuah hadis Rasulullah SAW menyatakan bahawa :
“mimpi itu tiga jenis; mimpi benar sebagai berita gembira daripada Allah, mimpi
menyedihkan daripada syaitan dan mimpi berkaitan apa yang berlaku pada dirinya”
Mimpi benar pada kebiasaannya dialami
mereka yang berwuduk sebelum tidur dan berzikir serta membaca beberapa ayat
al-Quran sebagai pendinding sebelum melelapkan mata.
Mimpi tidak benar pula ialah mimpi diganggu
syaitan dan sewaktu hendak tidur, tidak berwuduk serta tidak sempat membaca
al-Quran.
Rasulullah SAW mengajarkan jika mimpi
buruk, ketika bangun, isyaratkan meludah
ke sebelah kiri. In Sha Allah, apa
saja yang tidak baik dapat dihindari.
Sumber : METRO AHAD 22/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan