Kalau dulu keperluan asas manusia adalah makanan dan
tempat tinggal, maka penambahan harus dibuat terhadap apa yang dipanggil
sebagai internet. Maksud aku, akses kepada internet. Pada masa kini, seseorang
yang hidup tanpa internet akan ketinggalan. Bukan ketinggalan biasa-biasa cuma,
namun ketinggalan jauh berbanding orang-orang sekeliling.
Namun demikian, harus sentiasa diingat tentang lambakan
pengetahuan dalam internet. Norma dan nilai mesti sentiasa digenggam erat.
Kalau tidak, bersedialah menerima bahana internet. Internet mampu menjadikan
manusia baik, juga jahat. Interpretasi manusia yang berbeza menambahkan lagi
perisa dalam menapis maklumat.
Oleh itu, belajarlah menggunakan internet dengan sebaik
mungkin. Semoga kita tidak terus hidup dalam dunia kepalsuan secara berterusan…
P/S: sebenarnya stress sebab kuota internet asyik macam
siput babi jer. cepat aje nak slow.
nak langgan yang mahal-mahal tak mampu. tapi aku ni pengguna tegar. heavy heavy gitu :p