pejam celik pejam celik dah nak habis pun
bulan Ramadhan. aku masih tidak mencapai lagi apa yang sepatutnya aku buat.
terasa sangat kerdil diri ni. tapi aku bersyukur kerana Ramadhan kali ini
menyedarkan aku tentang kelemahan terbesar aku iaitu aku tidak pernah tahu
memberi keutamaan dalam hidup. aku sering gagal disebabkan oleh itu. disebabkan
tidak tahu memberi keutamaan, aku tambah buntu untuk menguruskan masa dan diri
dengan sempurna. aku terkandas disebabkan kejahilan diri sendiri.
apa-apa pun, Ramadhan kali ini memberi seribu
makna dalam hidupku kerana ia sedikit sebanyak telah mengugat rasa hatiku agar
tidak kekal dalam keadaan sekarang. semoga Ramadhan kali ini bukan Ramadhan terakhirku
dan aku berharap momentum daripada pengajaran kali ini terus meningkatkan
keazamanku untuk berubah ke arah lebih baik dari sehari ke sehari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan