Ahad, 2 Mac 2014

CERITA LARA



TIBA2 SAJA AKU JADI RINDU. TIBA2 SAHAJA INGATAN PADANYA MUNCUL. ENTAH KENAPA. AKU PEREMPUAN EGOIS. PEREMPUAN YANG TIDAK MAHU MENYERAH KALAH. AKHIRNYA…AKU YANG TERSUNGKUR. LEMAH TAK BERDAYA. KATA ORANG SEKERAS MANAPUN HATI SEORANG PEREMPUAN, NAMUN PENGAKHIRAN… AHHH BUKAN AKU. AKU MASIH LAGI MAMPU HIDUP TANPA DIA DI SISIKU. DIA CUMA SINGGAH SEBENTAR. PERSAHABATAN TAKKAN KU TUKAR MENJADI PERCINTAAN, AKU MAHU DIA KEKAL MENJADI SAHABATKU SEPERTI DULU. SAHABAT SELAMANYA. KATA BONDA KESAYANGANKU, SEORANG PEREMPUAN TAKKAN BISA MENJADI SAHABAT LAWAN JENISNYA. ITU FITRAH. PERCINTAAN TAK SALAH SEKIRANYA DIPANDU IMAN. KERANA MANUSIA TAKKAN BISA HIDUP TIADA BERTEMAN. SEDANGKAN ADAM MEMERLUKAN HAWA, APATAH LAGI AKU YANG HINA DINA…

CINTA BAGIKU RACUN. PEMBUNUH IKATAN. SEBOLEHNYA AKU TIDAK MAHU TERIKAT DIBELENGGU. AKU MAHU LEPAS BEBAS SEMAHUKU. SEANDAINYA MASA PULANGKU SUDAH TIBA, AKU AKAN PULANG TANPA SYARAT. AKU MAHU BEGITU. AKU TAKUT DIA MENGIKAT AKU KETAT. MENGURUNGKU ATAS DASAR IKATAN PERNIKAHAN. AKU TIDAK SESEKALI MAHU TERKURUNG DARIPADA ARUS DUNIA. PERMINTAANKU TERLALU BANYAK DAN KIRANYA DIA TAKKAN MAHU MALAH MENERIMA WALAU SATU PUN DARI PERMINTAANKU. KETAKUTANKU BERASAS BUKAN KERNA KEGILAAN ATAU KEJAHILAN DIRI SENDIRI.

BILA AKU BENTANGKAN MANIFESTO TENTANG PERASAAN DAN KEMAHUANKU, AKU DIPERSALAHKAN. AKU DIKATAKAN PENENTANG, PEMBANGKANG… AKU FEMINISME RADIKAL KATANYA. KENAPA HENDAKKAN PERSAMAAN TARAF SEDANGKAN APA YANG TERSEDIA LENGKAP APA ADANYA. DIA MEMANDANGKU TAJAM. TANPA SEBARANG OMELAN DARI BIBIR NIPISNYA. OH DADAKU BEROMBAK KENCANG, PERASAAN BERCAMPUR GAUL. ANTARA MARAH, DENDAM DAN SAYANG. AKU TERKELIRU OLEH WAKTU. SUNGGUH AKU MENYAYANGI DIRINYA.

SEKARANG SUDAH SAMPAI WAKTUNYA. UNTUK AKU AKHIRI SEGALANYA. MUNGKIN AKU TAK DIPENJARA OLEH CINTAMU, NAMUN AKU DIBURU KESESALAN YANG CUKUP PADU. AKU CUBA UNTUK TIDAK SESEKALI MENANGISI KEHILANGANMU.KAU BANYAK MENGAJARKU ERTI HIDUP TANPA PERNAH KUSEDARI TENTANGNYA. KUHITUNG SAAT YANG BERLALU AGAR KAU HADIR DIDEPANKU DAN MENGUNGKAPKAN KATA-KATA KERAMAT ITU UNTUK KESEKIAN KALINYA. AH HANYA KEKECEWAAN YANG KUDAPAT. KAU BENAR-BENAR PERGI. AKU TAHU KAU TIDAK MUNGKIN KEMBALI. TAKKAN BOLEH KU TATAP LAGI SENYUMANMU, MENDENGAR TUTUR KATAMU, APATAH LAGI MENGUSIK DIRIMU. SEMUA ITU HANYA KENANGAN TERINDAH DI SANUBARI YANG AKAN SELAMA TINGGAL SEJARAH.

MAAFKAN AKU SAHABAT. SUNGGUH BUKAN DIRIMU SAHAJA YANG TERLUKA DISEBABKAN OLEHKU, AKU JUGA SAMA. SEMUANYA TELAH BERAKHIR. HANYA SATU HARAPANKU, SEMOGA KAU BAHAGIA BERSAMA PEREMPUAN YANG BISA MEMBAHAGIAKANMU YANG SUDAH SEMESTINYA BUKAN AKU. PENGAKHIRAN KISAH KITA SEBENARNYA SUDAH LAMA BERLALU, NAMUN BARU HARI INI KEKUATAN TUMBUH DALAM DIRIKU. AKU MENGHARAPKAN KAU MEMBACA CATATANKU YANG SATU INI. KERANA AKU TIDAK MAMPU MENCARIMU UNTUK MENYATAKAN MENGENAINYA. CINTAKAH INI? ENTAH. KU NAMAKAN IA CERITA LARA DISEBABKAN SETIAP KALI AKU MENGINGATINYA, PASTI SEBUAH SENYUMAN AKAN TERBIT TANPA PAKSA SEBELUM KELOMPAK MATA MENGELUARKAN AIRNYA.

SALAM SAYANG. DARI SANG PENGEMIS CINTA.

2 ulasan:

  1. salam,,thanx ye follow sapeeja89.blogspot.com..nk follow blog awk tp cmne ye, xjumpe pula button follow,heheh

    biaselah kn,penah juga alami pengalaman mcmni,,kite syg kn psahabatan, sbb psahabatn tu kekal, tkut kalau cinta ni jd lain kn,,=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sorry. tak pandai sgt bab2 blog nih. :) thanks ea

      Padam