Rabu, 5 Jun 2013

Khas buat sahabat



Terima kasih kerana mengambil berat lagi tentang aku.aku sebenarnya tidak tahu apa yang harus aku katakan.sejujurnya aku malu duhai sahabat.

Izinkan aku berbicara di ruang yang ada ini sebagai nukilan hati yang takkan mampu aku luahkan walau sebesar manapun aku menginginkannya.

Sahabat…



Aku tahu terlalu banyak dosaku terhadapmu.aku malu untuk mengakuinya kerana egoku yang sebesar gajah.persahabatan yang terjalin ini semuanya tentang diriku.bukan mengenai kita.benar, masa mendewasakanku.kegagalanku juga disebabkan hal yang sama.puas sudah kau membujuk hati ini, namun selagi aku bergelar aku, keputusan aku takkan pernah berubah walau seinci pun.betapa kerasnya aku terhadap semua perkara hanya kerana terlalu memegang idealogis sendiri.itulah aku dulu.

Kini…
Aku menjadi stalker di FB untuk mengetahui perkembanganmu.sepatah kata tidak pernah aku coretkan di wall kerana aku takut keadaan aku tidak selayaknya berteman denganmu.aku tidak lagi pantas bergelar sahabatmu atas segala perilakuku terhadapmu.

lagipun peribadi sahabat adalah cerminan diriku.sifat kita kontra.hatiku tidak seluhurmu.kau sentiasa ada tiap masa dan ketika.sedangkan aku?aku hanya mampu mendiamkan diri.memerhati dari jauh.hati puas meronta-ronta pinta sampaikan rasa hati yang menggebu tapi itu tidak pernah berlaku.aku hanya penyokong sepi.

Tambahan pula, taraf pendidikan kita.hmm…aku tahu kau mengerti maksudku yang satu ini.

Maafkan aku kerana mengelar dirimu sahabat tapi aku tidak pernah berusaha melayan dirimu sedemikian kerana terlalu mengikut egoku yang melampau.

sekali lagi maafkan aku.aku tidak mampu memutar kembali masa lalu untuk memperbaiki kesilapan laluku.masa yang ada ini, aku harap pertalian yang retak ini bertaut kembali.semoga mampu kiranya aku mendengar lagi ceritamu seperti dulu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan