Pendidikan
bagi aku adalah sejak dari awal lagi iaitu di rumah.pembentukan keperibadian
seseorang tu bergantung pada orang yang mengasuhnya.ibu-ibu muda zaman sekarang
kebanyakannya wanita berkerjaya dan tidak mampu meluangkan banyak masa
terhadap permata hati mereka serta bergantung sepenuhnya kepada pengasuh.sedar
tidak sedar sebenarnya pengasuh ini memainkan peranan besar terhadap
perkembangan bayi atau kanak-kanak.oleh itu,sewajarnya pengasuh perlulah
dipilih dengan teliti bukannya secara rawak semata-mata.pada pendapat aku yang
masih belum berkahwin apatah lagi memiliki cahaya mata serta memberi pendapat
berdasarkan pemerhatian aku di pusat penjagaan,aku terkilan.terlalu terkilan
melihat sikap segelintir mereka yang bergelar pengasuh…tolonglah jangan layan
bayi bagai mainan.umur sebegitu membutuhkan perhatian yang sepenuhnya.jagalah
mereka sebaiknya.buat mereka yang bergelar ibu,anak adalah pemberian Allah yang
tak ternilai.mereka kain putih yang menunggu untuk dicorakkan.bukan menyalahkan
sesiapa cuma sedikit pesanan di angin lalu.ini suara hati aku.tentang
kekecewaan aku sebagai seorang manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan