Disyaki
menghidap TB merupakan antara pengalaman yang sangat menakutkan. Bukan tidak
mahu atau takutkan kematian, tetapi persediaan ke arah itu belum cukup
memuaskan. Lagi pula, penyakit ini sinomin dengan mereka yang lebih berusia.
Apabila
memandang kiri dan kanan, hati jadi sebak. Kenapa harus aku ?
Setelah
mendapatkan pengesahan kedua bahawa aku bukan penghidap TB, hanya kesyukuran
yang aku panjatkan meskipun batuk yang berpanjangan ini tidak dapat dipastikan
punca sebenarnya. Tapi sekurangnya penyakit TB bukan milikku.