Ahad, 26 April 2015

Ulasan Buku: Teknik Ikhtiar Hidup...yang Dilupakan

teknik ikhtiar hidup pada masa sekarang tidak lagi diaplikasikan. sebab? bagi sesetengah orang tiada lagi keperluan untuk mempelajari perkara sebegini. sebenarnya, aku pun baru fikir yang walau semaju manapun sesebuah negara perkara sebegini masih penting. yela, kita tidak tahu kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku.
 
punca utama aku utarakan perihal teknik ikhtiar hidup nih sebab aku baru jer terbaca buku ni. buku tulisan mohd. yusof Abdullah ni bagi aku memang lengkap. terutama bagi amatur yang baru faham back to basic concept macam aku nih.
 
perkara yang harus diketahui:
  • cara-cara mengetahui punca air yang boleh digunakan
  • cara-cara mencari makanan
  • cara memasak tanpa menggunakan bekas
  • cara membuat tempat perlindungan untuk mengatasi ancaman hidupan liar
  • cara berlindung daripada ancaman cuaca dan aras tinggi
  • pengetahuan tentang navigasi ikhtiar hidup berdasarkan alam sekeliling seperti matahari, bintang, bulan dan bayang-bayang
  • cara membuat isyarat kecemasan dan cara memasang api.
banyak kan? perkara yang kita perlu tahu. ni pengetahuan am untuk survival. terutama dalam situasi yang tak dijangka.
 
oleh tu, jangan malu untuk belajar. aku pun dalam proses belajar. ayuhlah kita bersama-sama menambah ilmu pengetahuan yang berguna .
 
"berbaiklah dengan alam kerana terlalu banyak manfaatnya"
 

Sabtu, 25 April 2015

Emel yang bersepah

hurm...

sebenarnya aku ada dua email.

pohonnyior@gmail.com

biela_klntn91@yahoo.com

disebabkan oleh kemalasan berganda aku, email aku memang bersepah. tu pun dah delete separuh. gila kan? nak buat macam mana? semua benda aku daftar. hehehe. lagipun email nih dah lama. bagi alasan lor tuh.

disebabkan oleh baca buku sebuah nih. alamak, lupa tajuk pula. untuk mengelakkan membuang masa sepertimana yang tak sepatutnya, maka dinasihatkan supaya men'delete' segala email. kalau email tu penting, mesti ada susulan. begitu kata pengarang tersebut.

jadi, aku pun ingin mencuba petua ni.

jom kawan-kawan. mana tahu dengan meng'delete' emel yang bersepah boleh menjimatkan masa dan tenaga kita. yela. hidup di zaman ni kita kena bijak dalam bertindak. 


"masa itu umpama berlian. perlu digilapkan untuk sentiasa bersinar terang" - Nabilah, 2015

Khamis, 23 April 2015

Latihan Ilmiah? Bersediakah aku?

hari ni temankan kawan pergi jumpa pensyarah. berbincang tajuk latihan ilmiah. tapi aku tak ada tajuk pun. malu sungguh. aku diam-diam saja tepi dinding.serius aku tak ada idea. apatah lagi sebarang persediaan.
 
aku memang merancang nak buat latihan ilmiah. nanti senang nak sambung sarjana. harap dapat sambung sarjana di semenanjung. bukan apa, masalah komunikasi di sini untuk melaksanakan kajian. ni bukan sebab prejudis atau apa, tapi berdasarkan pengalaman. sedih kan?
 
aku memang teringin sangat sambung belajar. buat penyelidikan. berbanding peperiksaan, sebenarnya minat aku lebih terarah kepada penyelidikan. maklum sahaja aku bukan jenis "examination oriented person". kalau jawab soalan peperiksaan aku lebih prefer soalan yang berbentuk kemahiran berfikir (KBKK). kalau soalan bentuk macam ni, aku akan dapat skor dengan baik.
 
Ini baru nak cari tajuk yang sesuai. bukan progress apa-apa lagi. tak mampu aku nak manifestasikan rasa sendiri terhadap kekesalan ini. aku harap ada sinar untuk ku di hadapan sana. berharap sinar tu bergerlipan cahaya. Insha Allah.
 
"sesungguhnya kejayaan itu untuk mereka yang berani mencuba" - Nur Nabilah, 2015

Ahad, 19 April 2015

Aku, Teori dan...

macam mana nak cakap ek? sebenarnya ni pasal proses pembelajaran aku bergelar mahasiswi UMS dalam bidang Antropologi dan Sosiologi. bila aku fikir balik, betul ke pilihan aku menceburi bidang ni? dulu aku mengaku aku memang beria-ia nak bidang nih. aku cuma tahu yang bidang ni kajian tentang masyarakat. boleh melihat dunia sains social dalam dimensi yang berbeza. lagipun kata orang Antropologi dan Sosiologi adalah asas kepada bidang sains social.
 
tapi akhir-akhir ni aku rasa semacam.
 
sebabnya teori dalam bidang Antropologi dan Sosiologi sangat banyak dan saling berkaitan. pening kepala aku. buntu! rasa macam bodoh sangat. ye la. orang lain macam simple jer faham segala mak nenek teori yang para pensyarah ajar. tapi aku terkial-kial. aku binggung. nak kata tak baca, aku baca jugak. apa masalah aku? aku sendiri pun tak tahu.
 
aku nak belajar betul-betul. aku nak sambung Sarjana. "pengaruh drama cina"
aku nak Berjaya dalam hidup aku. aku nak jadi seorang professor. menyebarkan ilmu kan besar pahalanya...
 
salahkah aku menyimpan impian? aku cuma ingin kejayaan. hanya disebabkan oleh lilitan teori yang sukar dicerna oleh aku, bagaikan sudah mengugat rasa yang tercipta.
 
semoga aku bersabar. sesungguhnya kejayaan itu milik orang yang teguh hati dan pendiriannya. sepertinya kejayaan itu akan tiba bila sampai saatnya.
 
bersabarlah duhai hati.
Nur Nabilah, percayalah ada kejayaan yang sedang menanti.

Rabu, 15 April 2015

Wordless Wednesday #5 - University Student Life

google image

lapan perkataan JANGAN yang digunakan Konfusius tentang makanan

  1. Jangan makan ikan yang sudah busuk
  2. Jangan makan makanan yang warnanya telah berubah
  3. Jangan makan makanan yang berbau busuk
  4. Jangan makan makanan yang belum matang
  5. Jangan makan kalau belum tibanya waktu makan
  6. Jangan makan daging yang tidak dipotong sebagaimana mestinya
  7. Jangan makan apabila kuah dan perasanya yang lain tidak digunakan sepertimana yang sepatutnya
  8. Jangan minum anggur dan makan daging kering yang dijual dari pasar
Image result for jangan makan
google image

Selasa, 14 April 2015

Kalau aku stress...

Perkara pertama yang aku suka buat ialah makan. Maksud aku 
dengan pengambilan makanan dalam kuantiti yang sangat banyak. 
Biasanya orang yang rapat dengan aku tahu tabiat aku yang satu 
ni masa stress. Antara makanan yang mendapat tempat ialah 
aiskrim, kek, minuman berkarbonat, makanan ringan, nasi, 
makanan bergoreng dan jugak apa sahaja makanan atau minuman yang 
terlintas dalam kepala masa tu.
 
Perkara kedua yang aku buat kalau aku stress ialah tidur. Tidur 
yang terlalu banyak atau tak boleh tidur langsung. Tapi 
kebiasaannya ialah tidur yang panjang. Entah la. Walaupun banyak perkara yang perlu aku buat dan menjadikan aku tertekan, aku tetap tidur. Berjam-jam lamanya. Lepas tidur, aku tidur balik. Seolah-olah dakapan pada bantal busuk dan selimut menghilangkan 
ketegangan pada tubuh dan minda aku. Di tambah dengan mimpi-mimpi yang meskipun tidak begitu indah, namun bagai panggung 
layar mengulit aku dari realiti semasa.
 
Perkara ketiga yang aku akan buat kalau stress ialah mandi. 
Terapi stress yang ni memang mendatangkan kemarahan kepada orang yang tinggal bersama. Berjam-jam aku mandi. Tak tahu la berapa gelen air yang 
mencurah membasahi aku. Tak pasti juga harga bil yang mendatang. Teruk ke? 
Tapi tak boleh jugak salahkan aku. Elemen air tu kan elemen yang menyejukkan. Di tambah pula, terdapat kepercayaan bahawa 
elemen air sekiranya digunakan dengan baik dan betul, boleh 
mengubat penyakit. Tak pasti mitos ke apa. Sebab aku belum buat 
google research lagi berkenaan hal ni. Maaf!
 
Akhir sekali, yang biasa aku buat kalau aku stress ialah 
mengemas rumah. Bukan mengemas sangat pun. Menyapu sebenarnya 
maksud aku. Lepas sapu, aku sapu lagi. Ada kawan cakap, tabiat ni 
paling pelik. Betul ke? Yela, apa kaitan menyapu dengan 
hilang stress? Betul juga. Mungkin secara simboliknya perbuatan aku ni ialah sampah tu ibarat stress. Dengan menyapu tu bermakna aku 
berusaha membuang segala stress. Hehehe. Aku pun tak pasti. Tapi bila fikir balik, memang pelik pun kalau menyapu masa stress. Entah apa-apa perangai aku.
 
p/s: tangani rasa stress anda sebaik mungkin. mungkin perkara 
yang menghilangkan stress antara kita adalah sangat berbeza. 
tetapi yang paling penting ialah kita mengetahui apa yang mampu 
mengurangkan stress kita. hal ini disebabkan, dunia moden adalah dunia yang 
penuh tekanan. serba serbi menekan, tertekan dan 
ditekan.
 
“ tanpa masalah, orang itu sebenarnya sudah mati sebelum menemui ajal” - (Nur Nabilah, 2015)

Isnin, 13 April 2015

Qualities of successful people

1. Goal oriented: take small successes and use them to build bigger successes in the future
2. Positive attitude: prevent disappointments and obstacles from becoming setbacks
3. Risk taker: willing to accept both failure and success as learning experience
4. Enthusiastic: build spirit around an idea or a cause that motivates others
5. Self-motivated: work well independently and drive own direction and results; believe they are in control
6. Trusting: trust and believe in self and in others
7. Informed and aware: interested and interesting because knowledgeable of current events
8. Creative: create something of value that is original or the result of combining something that exists
9. Curious: willing to explore new avenues of information
10. Applied knowledge: solve problems, create and market products, manage people and systems
 
Reference: Donna J. Yena. 2015. Career direction: new paths to your ideal career. New york: mc graw hill

Sabtu, 11 April 2015

Cinta tak terungkap

Jauh di belantara sana,
Hatiku tertinggal.
 
Ingin aku kembali,
Hanya untuk mengutip sisa yang ada.
 
Namun...
Ia telah hilang,
Ia telah lenyap,
Dan ia bukan milikku lagi.
 
Aku menangis,
Aku berteriak.
 
Pekik lolongku, 
Di sambut sang unggas.
 
Cinta tak terungkap,
Ia telah mati,
Ia telah pergi.
 
Kerana sang dewata,
Telah menyumpah aku.
 
Sesalnya aku tidak terperi,
Ingin aku melangkah pergi, 
Namun kakiku tergari.
 
Sekiranya masih wujud ruang,
Cinta tak terungkap itu,
Akan aku miliki, 
Walaupun aku pasti,
Ia cuma fantasi.