Jumaat, 27 Februari 2015

Memulakan Perniagaan? Bukan Senang Beb...

aku bukanlah expert bab industrial atau marketing atau sebagainya. cuma pernah ambil subjek Sosiologi Industri di UMS selain pernah kerja di 3 buah kilang dan kena tipu dengan pelbagai skim perniagaan yang kononnya boleh mendatangkan untung berlipat kali ganda. oh ya, ditipu dalam dunia perniagaan bukanlah perkara yang asing, bahkan merupakan salah satu perkara asas. tapi kan, kalau dah berminat, mahu tak mahu niat tu kena ada. serta harus berani untuk mencuba.

ramai dalam kalangan kita sangat berminat untuk menjalankan perniagaan sendiri. ya la, jadi bos sendirian berhad, siapa tak mahu. namun untuk mencapai puncak kejayaan tu bukanlah sesenang melontarkan patah demi patah perkataan. be realistic yer kawan-kawan. ni dunia kapitalis. sekali kau di bawah, selamanya kau akan tetap dibawa. panjatlah gunung tertinggi di dunia sekalipun.

mungkin ada yang akan mengatakan aku pesimis terhadap segala ruang dan peluang. namun political will ada dimana-mana. tambahan pula sekiranya anda adalah warganegara Malaysia. tak kisah la apa fahaman politik korang sekalipun, sekiranya korang tidak memiliki sebarang kepentingan maka janganlah bermimpi atau mengasak impian setinggi awan. kerana ia takkan tercapai. oh ya, melainkan anda memiliki wang 6 angka di dalam mana-mana akaun. maka bolehlah membuat pelaburan. pulangannya ternyata sangat memberangsangkan. silalah mencuba. J *aku pun akan cuba kumpul duit untuk melabur*

oleh itu, nak tak nak, kena menjadi ‘pekerja bawahan’. kerja sehabis baik. oh ya, tidak lupa meskipun baru berusia awal 20-an, pelbagai hutang melilit-lilit di pinggang. ehhh...sudah kebiasaan yer. dunia moden. sehabis mana pun cuba menolak hutang, tapi terpaksa jugak. misalnya hutang pendidikan yang tidak jugak pandai habis menurut sesetengah orang. entahlah, fasa membayar hutang untuk aku masih belum tiba. bila tiba saatnya nanti baru aku akan membuat ulasan.


sebagai kesimpulannya, sesiapa yang berminat untuk berniaga, teruskan usaha anda. memang sukar. bukan mudah. namun percayalah semakin sukar sesuatu benda untuk diperolehi, semakin berharga nilainya. 

Khamis, 26 Februari 2015

Kenali Muka

BENTUK MUKA




JENIS KULIT MUKA




sebenarnya bukan apa, ni sebagai rujukan sendiri. sebelum nih aku memang tak hiraukan sangat pasal muka semua nih. cuma, baru-baru ni iaitu sejak aktif balik dengan facebook, maka keinginan untuk berubah ke arah yang lebih baik mula meluap-luap. al-maklumlah bila orang post gambar cantik-cantik, mula terkedu hati. yela fikir macam mana nak post gambar banyak-banyak, kalau nanti confirm kena kutuk. bukan masalah nak pujian tapi tak mahu menjadi punca orang yang tak sepatutnya mendapat koleksi dosa percuma. huhuhu. so, rasanya memang patut aku buat sedikit research pasal muka nih.


lagipun aku kan dah berjanji taknak lagi jadi sloppy person.

sebenarnya meskipun benda ni nampak leceh, sebenarnya benda ni penting. yela memudahkan urusan kita. bila kita dah kenal sendiri, maka risiko untuk ditipu oleh jurujual produk kecantikan adalah sedikit. bahkan kita dapat mengetahui kesesuaian sesuatu bahan dengan badan sendiri. bukan sekadar mengikut trend semasa dan sebagainya, hal ini kerana setiap manusia itu adalah berbeza keperluannya.











Jumaat, 20 Februari 2015

Jadi Blogger, Tak Rugi Masa

ramai yang tanya aku, asal lar gila sangat duk menulis dalam blog nih. bukan ada faedah pun. menghabiskan masa jer. yela...bukan blogger terkenal pun, siapa la nak baca blog tuh. isi pulak dah macam ting-tong. sesedap rasa jer menulis. tak malu ker?

ehhh...gitu pulak.


sebenarnya banyak faedah jadi blogger. dapat isi masa lapang, dapat kenal kawan baru, dapat gantikan fungsi dairi, dapat kongsi pendapat/pandangan kita dengan orang lain, dapat cari pengetahuan baru dengan blogwalking, dapat menghilangkan stress dan banyak lagi.


tu la. kadang-kadang, bila orang sibuk nakkan kebebasan bersuara tapi dalam masa sama mengecilkan kepentingan blog, jantung aku berhenti sesaat. sebenarnya blog pun satu cara untuk kebebasan bersuara. 

secara peribadi, aku harap sangat-sangat orang yang asyik cakap blogging tu membuang masa, cuba dulu. kerana TAK KENAL MAKA TAK CINTA.



Sumber Imej


Selasa, 17 Februari 2015

cuti semester dah nak habis...

salam...

dengan rasminya, aku menghabiskan sisa cuti dengan awal. terpaksa bertapuk di UMS sementara menanti cuti semester tamat dengan jayanya seminggu lagi. gara-gara tiket kapal terbang yang sangat-sangat melampau harganya.

sedih sangat. namun apakan daya. demi jihad menuntut ilmu. demi segulung ijazah dan demi masa depan yang lebih baik.

ohh...membebel pulak yer.

ok. kalau tanya pasal keputusan peperiksaan, sejujurnya aku berasa kecewa. aku tahu sebenarnya hal ini berpunca daripada aku sendiri yang tidak konsisten. memang la masih dalam paras 3.++ tapi aku tetap mahu menyesal. bukan masalah tidak mahu bersyukur, tetapi mengenangkan harapan menggunung orang tua, kesesalan itu tumbuh meratah-ratah hatiku.

namun sesal bagimana sekalipun, hal tersebut tetap telah terjadi...

AZAM SEMESTER INI :

oleh sebab keputusan lalu tidak memberangsangkan, maka azam semester ini ialah meningkatkan lagi pointer sehabis usaha. belajar dengan lebih tekun dan bersungguh-sungguh. sekurang-kurangnya mencapai 3.67

konsisten itu perlu!

lagi?
aktif. sertai sebolehnya keseluruhan aktiviti yang dianjurkan oleh UMS.

Image result for UMS